Wednesday 25 April 2012

Hobi Saya ....

Hobi kegemaran saya adalah mendengar muzik . Terdapat pelbagai macam muzik seperti "Classical" , "Rock" , "Pop" , "Techno" dan "R&B" . Saya paling suka mendengar lagu-lagu Korea dan juga Inggeris . Lagu-lagu semua mempunyai rentak yang tersendiri , cepat ataupun tidak . Saya paling menyukai lahu-lagu yang berentak cepat . Ia memberikan para pendengar perasaan yang gembira , bebas dan juga ceria . Jika saya tidak mendengar apabila dalam perjalanan saya kemana-mana , saya akan berasa bosan . Terdapat banyak lagu-lagu yang saya minati . Kebanyakan mereka adalah lagu-lagu Korea dan berentak cepat . Setipa minggu , saya pasti akan menonton Music Bank di KBS World (Mio TV) . Ia adalah sebuah rancangan muzik dimana ia tayangkan penyanyi itu menyanyi lagu mereka tersendiri "live" . Untuk lagu-lagu Inggeris , saya amat berminat kepada kumpulan 1 Direction ataupun dekenali sebagai 1D . Saya juga meminati Adele ,Maroon 5 ,LMFAO dan banyak lagi . Kalau saya mempunyai masa , saya juga akan mendengar remix yang dibuat oleh "Dj-dj" yang ,mungkin, diketahui oleh ramai orang .Mereka adalah DJ Masa (Korea) dan DJ Earworm (Inggeris) . Selain dari itu , saya pun menonton video-video orang yang menyanyi atau menari kepada lagu-lagu terkenal sebagai "cover" . Kebanyakan dari mereka boleh menyanyi dan menari dengan bagus dan saya amat kagum melihat video mereka .

-Hazirah Johan (11)
  2-4

Tuesday 24 April 2012

berbasikal

hobi saya ialah berbasikal pada masa yang lapang.kita boleh bermain basikal bersama keluarga pada cuti selolah di taman permainan.kita juga boleh mengeratkan hubungan keluarga ketika bermain basikal.berbasikal juga sangat senang untuk dimainkan dan dapat dimainkan dengan ramai orang.Ia juga bagus untuk kesihatan kerana kita dapat berjemur di luar.hobi berbasikal sangat menarik dan popular dan digemari oleh ramai orang.berbasikal adalah kenderaan yang senang untuk ke sekolah.
Hobi saya adalah menonton drama Korea dan juga menonton cerita yang berkaitan dengan hidup idola Korea saya. Untuk menonton video ini saya boleh merujuk ke mana-mana lelaman web seperti di KShowOnline atau pun di televisyen saluran ONE di saluran 124 (Starhub) dan juga di KBS World 115 (Starhub). 

Saya juga gemar medengar  lagu-lagu yang berbahasa Korea sebab ia lebih rancak dan bertenaga daripada lagu-lagu berbahasa Inggeris yang sedang hangat. Dengan mendengar dan mengikut cara mereka menari, saya juga akan terus dapat mengikutnya dan juga dengan menari koreografi ini, mungkin ia akan  membantu saya menguruskan badan saya.

Saya rasa dengan menonton drama korea atau mendengar lagu-lagu korea ini ia akan membuat saya mempelajari bahasa yang baharu supaya ia akan menyenangkan mungkin dalam pekerjaan saya. 

Ibu saya selalu memarahi saya sebab saya selalu sangat menonton cerita korea sebab takut saya akan melupakan adat melayu. Tetapi saya selalu mengingatkan diri saya supaya tidak akan melupakan adat melayu kita.~





Siti Azura 
2/7 
Credits; to owners~

Sunday 22 April 2012

Menyanyi

Saya gemar menyanyi . Saya rasa dengan bernyanyi saya boleh meluahkan perasaan . Saya suka merakam video saya menyayi dan melihatnya . Salah satu sebab saya minat menyanyi adalah kerana idola saya Rihanna , saya amat meminatinya kerana suaranya lantang dan sedap di dengar . Selain daripada lagu inggeris , saya juga minat lagu korea , kerana sekarang adalah zaman k-pop . Ketika waktu lapang saya akan bernyanyi bersama rakan ataupun seorang diri . Saya juga bercita-cita hendak menjadi seperti idola k-pop dan Rihanna bila besar kelak .

Video saya bernyanyi bersama maisarah -----> http://youtu.be/2Se5snqrf0s

Permainan Papan

Saya suka bermain permainan papan. Ia agak menarik. Ia boleh dimain dengan 3 orang dan lebih. Permainan papan yang saya gemari adalah Pictureka :D Permainan papan sudah menjadi pemainan kegemaran dari kecil lagi kerana saya suka bermain bersama rakan-rakan atau pun sedaramara ,ia bagi saya boleh menjadikan hubungan erat bersama kaum keluarga dan jaga bersama rakan-rakan.Permainan papan juga boleh mengisi masa lapang saya .

Ini adalah gambar saya sedang bermain pictureka .
Selain daripada pictureka , snake and ladder . Permainan-permainan sebegini boleh mempertingkatkan daya pengiatan saya dan juga dalam perlajaran matamatik. 

Maisarah Filzah
2-7